Monday, 2 May 2016

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21



1.0         Pengenalan
Pendidikan merupakan penyumbang utama pembangunan modal insan, sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga adalah pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Sistem pendidikan negara merupakan tunjang pembangunan negara yang menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global, kita tidak boleh lalai,  oleh itu  Kementerian Pendiudikan Malaysia (KPM) perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Sesungguhnya proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Justeru, transformasi pendidikan negara perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Sesungguhnya pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.  Bersandarkan inisiatif yang diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang dihasratkan oleh warga pendidik. Antara perubahan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan termasuklah aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah serta  pendekatan pengoperasian KPM. Dalam konteks ini termasuklah kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang menjadi paksi dan nadi pembelajaran berkesan dan bermakna abad ke 21.

Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid. Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik. Bagi mencapai matlamat tersebut  KPM menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke-21 yang menekankan kepada 4C’s, iaitu communication, colaboration, critical thinking dan creativity  seperti berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.

Sistem pendidikan Malaysia menjelang tahun 2025 harus berupaya mencapai penyertaan menyeluruh  pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid. Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan agak kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Walau bagaimanapun melalui sokongan dan komitmen semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan negara.

2.0 KEMAHIRAN ABAD KE-21
Di kebanyakan negara pakar pendidikan menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (membaca, menulis dan mengira) setelah menamatkan alam persekolahan. Hal ini disebabkan dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.

Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke-21 sebagai paksi kurikulum. Di Singapura, seseorang individu itu dikatakan sebagai individu yang lengkap dengan kemahiran abad ke-21 sekiranya individu itu mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, dapat memberi sumbangan yang aktif, dan warganegara yang prihatin.  Di Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif, bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitiberatkan kesihatan dan masa depan  yang lestari.

Di Malaysia, kemahiran abad ke-21 yang dikenal pasti oleh KPM ialah kemahiran yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, kurikulum kebangsaan harus bermatlamat melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja  secara berpasukan.

Justeru kurikulum sekolah rendah dan menengah yang disemak dan dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang seperti yang dijelaskan dalam aspirasi murid.

Monday, 7 December 2015

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN MASA CUTI SEKOLAH



01. Kem Motivasi
Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.


02. Kem Ibadah
Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar.

Sunday, 13 September 2015

ITHINK


CARA MEMBINA NOTA DENGAN ITHINK
KONGSI BERSAMA....
KLIK LINK DI BAWAH...


https://drive.google.com/file/d/0B-mmBCn-GCnSeGZETEZWWUF0aUU/view?usp=sharing

ini link latihan......
https://drive.google.com/file/d/0B-mmBCn-GCnSZkNtTHc5MEV5bG8/view?usp=sharing


KONGSI CARA BELAJAR ATAU STUDY SMART

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

 Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Sunday, 6 September 2015

TIPS SEBELUM MNDUDUKI PEPERIKSAAN...SEKADAR BERKONGSI...

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.



2.

Tenang dan percayakan diri sendiri


Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.



3.

Bersantailah tapi berhati-hati


Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.



4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu


Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.


Sunday, 2 August 2015

Biodiesel Compared to Petroleum Diesel

AdvantagesDisadvantages
  • Domestically produced from non-petroleum, renewable resources
  • Can be used in most diesel engines, especially newer ones
  • Less air pollutants (other than nitrogen oxides)
  • Less greenhouse gas emissions (e.g., B20 reduces CO2 by 15%)
  • Biodegradable
  • Non-toxic
  • Safer to handle
  • Use of blends above B5 not yet approved by many auto makers
  • Lower fuel economy and power (10% lower for B100, 2% for B20)
  • Currently more expensive
  • B100 generally not suitable for use in low temperatures
  • Concerns about B100's impact on engine durability
  • Slight increase in nitrogen oxide emissions possible in some circumstances

Sunday, 26 July 2015

KUIH RAYA TRADISIONAL MELAYU ZAMAN DAHULU....

Majoriti dari kita mesti tahu apa itu kuih raya. Ya ! Kuih raya ialah kuih muih yang dihidangkan semasa hari raya. Hahaha... Walaupun pada kebanyakkan hari lain, kita boleh juga mendapat bekalan untuk memakan kuih-kuih tersebut, tetapi suasananya tetap berbeza dan semangat atau mood untuk memakan kuih tersebut juga akan berlainan.