1.0
Pengenalan
Pendidikan merupakan penyumbang utama
pembangunan modal insan, sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga adalah
pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan
kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Sistem pendidikan
negara merupakan tunjang pembangunan negara yang menyediakan ilmu pengetahuan
dan kemahiran kepada generasi kini dan sebelumnya bagi memacu pertumbuhan
ekonomi dan kemakmuran negara. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam
persekitaran persaingan global, kita tidak boleh lalai, oleh itu Kementerian Pendiudikan Malaysia (KPM) perlu
melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa
untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Sesungguhnya proses pelaksanaan
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Justeru, transformasi pendidikan negara perlu menjurus kepada usaha untuk
memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan
mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Sesungguhnya pelan
ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan
transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang diperkenalkan
bawah Bidang Keberhasilan Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan
besar yang dihasratkan oleh warga pendidik. Antara perubahan yang telah, sedang
dan akan dilaksanakan termasuklah aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah
pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin
sekolah serta pendekatan pengoperasian
KPM. Dalam konteks ini termasuklah kaedah pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid dan pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
serta penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang menjadi paksi dan
nadi pembelajaran berkesan dan bermakna abad ke 21.
Kualiti pengajaran merupakan wahana paling
berkesan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya
meningkatkan keberhasilan murid. Kementerian beriltizam untuk meningkatkan
kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan
memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang
lebih baik. Bagi mencapai matlamat tersebut
KPM menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan
kemahiran abad ke-21 yang menekankan kepada 4C’s,
iaitu communication, colaboration,
critical thinking dan creativity seperti berfikiran kritis dan kreatif serta
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.
Sistem pendidikan Malaysia menjelang tahun
2025 harus berupaya mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan
diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat
antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada
pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan
murid. Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem
penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan agak
kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Walau
bagaimanapun melalui sokongan dan komitmen semua pihak yang berkepentingan
dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013
– 2025 akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan
negara.
2.0 KEMAHIRAN ABAD KE-21
Di
kebanyakan negara pakar pendidikan menyedari hakikat bahawa kanak-kanak
memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (membaca, menulis dan mengira)
setelah menamatkan alam persekolahan. Hal ini disebabkan dalam dunia
globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti
tinggi menjadi semakin penting.
Kebanyakan
negara menerima konsep kemahiran abad ke-21 sebagai paksi kurikulum. Di
Singapura, seseorang individu itu dikatakan sebagai individu yang lengkap
dengan kemahiran abad ke-21 sekiranya individu itu mempunyai keyakinan diri,
mengamalkan pembelajaran kendiri, dapat memberi sumbangan yang aktif, dan
warganegara yang prihatin. Di Finland,
kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan
keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif,
bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitiberatkan kesihatan dan masa
depan yang lestari.
Di
Malaysia, kemahiran abad ke-21 yang dikenal pasti oleh KPM ialah kemahiran yang
sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk
bersaing pada peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, kurikulum
kebangsaan harus bermatlamat melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan,
bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai
kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja
secara berpasukan.
Justeru
kurikulum sekolah rendah dan menengah yang disemak dan dikaji semula akan
memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan
nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang seperti yang
dijelaskan dalam aspirasi murid.
3.0 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT)
Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara meluas
untuk menghadapi cabaran baharu. Menurut Onosko dan Newmann (1994), apabila
seseorang itu perlu membuat tafsiran, menganalisis dan memanipulasikan maklumat
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah, maka individu itu perlu
menggunakan minda secara optimum atau meluas. Dengan hanya mengaplikasikan
maklumat yang diperoleh lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan
masalah dalam situasi baharu, perkara ini (penyelesaian masalah) tidak akan
membuahkan hasil. Selain takrif di atas, Menurut Zevin (1995),KBAT juga boleh
didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat sedia ada dalam minda untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. Pelbagai kemungkinan penyelesaian
terhadap pelbagai masalah merupakan nadi kepada kemahiran berfikiran aras
tinggi. seseorang yang cekap menyusun maklumat bagi membentuk konsep dan idea
secara teratur dan membuat kesimpulan dengan tepat untuk tindakan yang
sewajarnya merupakan orang yang mampu dan cekap menggunakan akal untuk berfikir
secara meluas.
Berdasarkan
definisi KPM, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan seseorang
individu untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Definisi ini selaras dan selari dengan standard antarabangsa contohnya
PISA dan OECD.
Menurut
Pogrow (1985), KBAT merupakan aktiviti yang menggunakan pemikiran peringkat
tinggi melalui komputer untuk memperbaik kemahiran asas, keyakinan sosial dan
kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Penguasaan kemahiran asas dan keyakinan
merupakan syarat yang penting untuk pelajar atau murid melibatkan diri secara
aktif dan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks, iaitu menarik dan
mencabar. Ringkasnya, KBAT membantu murid membina strategi untuk
menghubungkaitkan idea-idea mereka secara sistematik dan berkesan. Dari
perspektif Islam, berfikir merupakan fungsi akal, iaitu entiti ghaib yang
membezakan manusia daripada haiwan.
Dalam
dunia yang semakin mencabar ini, pemikiran di takuk lama sudah tidak releven
lagi kerana ini akan merugikan generasi
muda. Justeru, KBAT perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah selaras dengan era globalisasi dan transformasi pendidikan negara.
Kemahiran
belajar Abad ke-21 perlu diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan
murid berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat
keputusan berlatarkan konsep Taksonomi Bloom yang dimurnikan oleh Anderson
serta aliran pemikiran Edward De Bono yang berkonsepkan Power of Perception.
4.0 TAKSONOMI
BLOOM
Asal
diterbitkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S.Bloom yang mempunyai 6 aras.
Taksonomi Bloom menyediakan sistem pengelasan untuk membantu guru, pentadbir,
pakar penyelidik membincangkan masalah dalam penilaian pendidikan. Taksonomi
Bloom merupakan suatu hierarki enam peringkat perkembangan pemikiran yang
menjadi semakin kompleks dan menacabar. Tahap pemikiran boleh digunakan untuk
membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua
bidang pembelajaran.
Model
Taksonomi Bloom dikemas kini pada tahun 1990 oleh sekumpulan pengkaji untuk
memperbaik kelemahan dan mengambil kira perkembangan bidang pendididkan dan
psikologi yang berlaku pada separuh kedua abad ke-20. Lorin Anderson telah
membuat penambahbaikan pada taksonomi asal.
Dalam
peringkat Taksonomi Bloom sememangnya merangkum unsur KBAT, iaitu mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Peringkat tersebut memerlukan murid menilai
maklumat secara kritis, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta,
menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan
pendapat, membuat pilihan dan membuat keputusan. Enam aras Taksonomi Bloom,
iaitu :
• Pengetahuan,
iaitu mengingat kembali. Contoh: nyatakan, namakan, labelkan.
• Pemahaman,
contoh: tulis semula, terangkan, jelaskan, huraikan.
• Aplikasi,
iaitu menggunakan maklumat sedia ada dalam situasi baharu. Contoh: selesaikan,
ramalkan, bina, kenal pasti.
• Analisis,
contoh: bandingbezakan, kategorikan.
• Sintesis,
contoh: menggabungkan komponen kecil menjadi bentuk baharu.
• Penilaian,
iaitu membuat pertimbangan, contoh : memberi justifikasi, alasan, rasional,
mentafsir, kritikan dan bukti.
Perubahan
yang jelas berlaku ialah penamaan aras taksonomi yang disemak semula ialah
menggunakan kata kerja berbanding yang lama menggunakan kata nama dan kedudukan
dua aras paling atas. Taksonomi Bloom yang disemak semula lebih mudah digunakan
di semua peringkat persekolahan dan pengajian tinggi. Perubahan dibuat dengan
mengambil kira perkembangan pendidikan dan pembelajaran baharu.
5.0
PETA PEMIKIRAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Malaysia
perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh
inovasi untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia.
Untuk mencapai matlamat ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah
bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai
budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan
berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam i kalangan murid
sekolah. Peta pemikiran i-THINK
melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran
berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani
cabaran pada masa akan datang.
Penyediaan peluang sama rata serta
pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama KPM. Matlamat
pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan
anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran
ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21. Penekanan juga diberi kepada sains,
teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan
etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum
bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan
kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas
5.1 PROGRAM i-THINK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Maksud
i-THINK ialah innovative thinking atau Pemikiran Inovatif. Murid menggunakan alat
berfikir, iaitu lapan peta pemikiran i-THINK. Peta pemikiran merupakan alat
berfikir bercorak visual-verbal yang setipa satunya berdasarkan kepada proses pemikiran
asas. Peta pemikiran sesuai digunakan dalam PdP bagi membantu guru menyampaikan
kandungan kurikulum yang sedia ada dan melaksanakan aktiviti PdP dalam bentuk
yang lebih bermakna dan membolehkan murid memahami kemahiran kognitif yang
abstrak melalui bentuk visual yang konkrit. Setiap peta pemikiran mampu
menjanakan idea dan membangunkan proses pemikiran murid dalam aktiviti
tertentu. Penggunaan peta pemikiran secara berterusan dalam PdP akan
membudayakan kemahiran berfikir ke arah membangunkan Kemahiran Berfikiran Aras
Tinggi (KBAT).
Lapan
peta pemikiran i-THINK ialah Peta Bulatan (Circle
Map), Peta Buih (Bubble Map),
Peta Buih Berganda (Double Bubble Map),
Peta Pokok (Tree Map), Peta Dakap (Brace Map), Peta Alir (Flow Map), Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map) dan Peta Titi (Bridge Map).
Sistem
pendidikan di Malaysia melalui aspirasi murid memerlukan mereka mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher
Order Thinking Skills (HOTS) seperti
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-3025. Ini amat bersesuaian dengan
keperluan pembelajaran Abad ke -21. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan
murid menggunakan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baharu.
Ledakan teknologi maklumat telah merubah landskap pendidikan di peringkat
global di mana guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan
murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi murid. Maklumat dapat dicapai
oleh murid melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian.
Dengan erti kata yang lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada
proses pengajaran. Dalam hal ini murid harus mampu menggunakan daya pemikiran
mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka terima. Penggunaan minda secara
meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau
memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang
dikemukakan (Onosko dan Newmann ,1994). Perluasan maklumat yang sedia ada dalam
minda adalah bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau asli.
Di
Malaysia konsep Pemikiran Aras Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan
soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan. Walau
bagaimanapun pelbagai strategi harus dibentuk untuk meningkatkan lagi pemahaman
konsep ini. Oleh itu satu reka bentuk strategi yang mampu memudahkan guru dan
murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran diperlukan.
Dalam hal ini Pensyarah Cemerlang Gred Khas C Dr. Tuan Jah Tuan Yusof dalam
penyelidikannya telah berjaya menghasilkan reka bentuk model dan strategi untuk
dijadikan panduan kepada guru dan murid bagaimana memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi dalam p & P melalui teknik penyoalan, strategi didik hibur, penggunaan
alat berfikir i-Think dan TMK.
6.0 CIRI-CIRI
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
1.
Berpusatkan murid/pelajar – murid/pelajar berperanan penting, guru sebagai
pemudah cara/fasilitator
2. Penggunaan
komputer – alat penting untuk kelas abad ke-21 dan membantu meningkatkan
keberkesanan p & p.
3. Pembelajaran
aktif – pelibatan yang aktif dalam kalangan murid/pelajar sama ada dalam
kumpulan perbincangan, melaksanakan aktiviti p & p dan penggunaan kompuetr.
4.
Pembelajaran kendiri – kelas masih boleh berfungsi dengan baik semasa ketiadaan
guru
5.
Persekitaran yang kondusif - tidak
terlalu sesak dengan jumlah murid/pelajar yang
banyak dan peralatan seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
serta ruang yang selesa dan selamat.
6.
Pelajar faham dan mematuhi arahan – notis ditampal pada ruangan khas bagi
memudahkan murid/pelajar merujuk dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan.
7.
Saling menghormati – memiliki nilai peribadi dan kemahiran insaniah yang tinggi
8.
Murid/pelajar betanggungjawab terhadap pembelajarannya – menggalakkan murid/pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p
& p dengan memberikan motivasi dan sokongan.
9.
Penilaian berasaskan pencapaian – guru menjalankan penilaian berterusan dalam
setiap sesi p & p dengan pelbagai kaedah dan instrumen, tidak terikat
dengan ujian bertulis sahaja.
10.
Pembelajaran kolaboratif – kaedah paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir dan berkomunikasi.
7.0
TEKNIK PENYOALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penekanan terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, iaitu menjadikannya p & p lebih interaktif kerana murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses p & p. Dengan kata lain strategi pembelajaran lebih berpusatkan murid, guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang akan membimbing murid sehingga berjaya mencapai objekif p & p pada hari tersebut. Proses pengajaran bukan lagi sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.
Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajarkan, dan seterusnya mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman kehidupan murid..
Kejayaan pelaksanaan PdP dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan, iaitu cara murid menjawab soalan berbentuk KBAT dalam penilaian formatif. Justeru guru memainkan peranan penting untuk memahami dan mengaplikasikan unsur KBAT dalam PdP dengan menyediakan soalan peperiksaan mengikut Taksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggi yang mencabar minda murid dalam penilaian formatif dan sumatif.
Penekanan terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, iaitu menjadikannya p & p lebih interaktif kerana murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses p & p. Dengan kata lain strategi pembelajaran lebih berpusatkan murid, guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang akan membimbing murid sehingga berjaya mencapai objekif p & p pada hari tersebut. Proses pengajaran bukan lagi sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.
Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajarkan, dan seterusnya mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman kehidupan murid..
Kejayaan pelaksanaan PdP dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan, iaitu cara murid menjawab soalan berbentuk KBAT dalam penilaian formatif. Justeru guru memainkan peranan penting untuk memahami dan mengaplikasikan unsur KBAT dalam PdP dengan menyediakan soalan peperiksaan mengikut Taksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggi yang mencabar minda murid dalam penilaian formatif dan sumatif.
7.1
Tujuan Menyoal
Tujuan guru menyoal murid adalah
untuk :
Ø Menilai
pengetahuan sedia ada murid sebelum dan semasa aktiviti PdP dilaksanakan
Ø Menimbulkan
perasaan ingin tahu dan menarik minat
murid untuk terus belajar
Ø Membina
pemahaman terhadap apa yang dipelajari khususnya pemahaman dan pengetahuan
baharu
Ø Membina
sikap yang positif dan penghayatan, iaitu respons terhadap soalan yang
dikemukakan.
Ø Mengukuhkan
pembelajaran kerana murid diberi peluang dan ruang untuk menjawab soalan.
Ø Menilai
pembelajaran dan kemajuan murid
Ø Meransang
pemikiran kritikal
Ø Menjelaskan
pemikiran melalui lontaran idea yang bernas dan logik
Ø Mencari
sebab dan penjelasan terhadap sesuatu perkara atau isu
Ø Meneroka
pandangan alternatif terhadap sesuatu persoalan
Ø Menguji
implikasi dan akibat hasil tindakan dan keputusan yang dibuat.
Berdasarkan tujuan guru menyoal
murid, maka guru harus mengemukakan soalan yang berkesan supaya tujuan atau
objektif menyoal tercapai dengan berkesan . Apakah yang dimaksudkan dengan
soalan yang berkesan. Soalan yang berkesan ialah soalan yang :
Ø
Bermatlamat – untuk mencapai tujuan
tertentu (seperti yang disenaraikan di atas)
Ø
Ringkas – dinyatakan dengan
perkataan dan ayat yang ringkas, jelas dan tepat.
Ø
Memprovokasi pemikiran – meransang
pemikiran dan tindak balas
Ø
Menyoal siasat – melibatkan urutan
atau soalan yang mebimbing dan terperinci
Ø
Disesuaikan dengan tahap kelas –
wajar dan berbeza
Menurut Karron G Lewis, Centre for
Teaching Effectiveness, University Texas (KPM, 2013) menjelaskan bahawa :
“Jika
kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses
pemikiran
yang lebih kreatif dan merangsangkan, kita sebagai guru
mesti menggalakkan murid bertanya
soalan aras yang lebih tinggi”.
Penyataan di atas jelas menunjukkan
guru memainkan peranan penting untuk menyediakan dan merangka soalan yang akan
dikemukakan kepada murid. Oleh itu, ada empat faktor yang perlu diberikan
perhatian oleh guru ketika merangka soalan supaya soalan yang dikemukakan
kepada murid berkesan dan mencabar minda murid. Empat faktor tersebut ialah :
Ø Soalan
mestilah tepat dengan susunan perkataan yang jelas agar murid-murid dapat
memahami apa yang dimaksudkan dan jawapan yang dikehedaki.
Ø Soalan
mestilah mempunyai aras yang berbeza-beza dan memprovokasi pemikiran, iaitu
merangsang pemikiran dan tindak balas.
Ø Pemilihan
aras soalan pelu mengambil kira tahap kebolehan murid. iaitu disesuaikan dengan
tahap kelas.
Ø Ada
unsur menyoal siasat, iaitu melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan
terperinci tetapi dinyatakan secara ringkas, tepat dan jelas.
7.2
Membangunkan Kemahiran Menyoal Guru
Dalam usaha meningkatkan kualiti
soalan dan teknik penyoalan, maka guru perlu melaksanakan perkara-perkara yang
berikut :
Ø Merancang
soalan berdasarkan tajuk dan
mengikut aras Taksonomi Bloom
Ø Menyediakan soalan lanjutan
selain soalan asas untuk dikemukakan kepada murid-murid
Ø Menentukan
soalan sama ada ditujukan kepada seluruh kelas, kumpulan atau individu murid
tertentu. Sebaik-baiknya dipelbagaikan, iaitu untuk individu, kumpulan dan
semua murid di dalam kelas supaya semua murid berpeluang memberikan respons
terhadap soalan yang dikemukakan dan guru boleh memilih atau mengenal pasti
jawapan yang berkualti dan menepati kehendak soalan.
Ø Memberikan masa
atau ruang untuk murid berfikir tentang jawapan yang tepat dan jelas.
Ø Menyeimbangkan
antara antara soalan berbentuk fakta dengan pemikiran
Ø Mengemukakan
soalan dalam nada perbualan atau
bersahaja
Ø Mereka
bentuk soalan yang memerlukan maklum balas
berterusan.
Ø Menggalakkan
murid mengemukakan lebih banyak soalan
jenis lisan dan tuliasan
Ø Menggalakkan
murid menyoal murid lain semasa perbincangan
Ø Menyambut
atau menerima soalan yang dikemukakan oleh murid
Ø Mengumpul,
membincangkan, mengkategorikan dan
membangunkan soalan murid
Soalan-soalan
yang Menerangkan Pemikiran
|
·
Bolehkah anda menjelaskan dengan
lebih lanjut.........
·
Apakah yang kamu maksudkan dengan.........?
·
Bolehkah anda memberikan satu
contoh yang releven........?
·
Bolehkan anda menjelaskan dengan
cara lain?
·
Bolehkan anda menunjukkan
saya....?
|
Soalan-soalan
untuk Mencari Sebab dan Penjelasan
|
·
Mengapa anda berfikir bahawa.....?
·
Bagaimana kita tahu
bahawa..........?
·
Apakah sebab-sebab
anda..............?
·
Apakah bukti yang kita ada
untuk.....?
·
Mengapa anda mengatakan
sedemikian?
|
Soalan-soalan
yang Meneroka Pandangan Alternatif
|
·
Bolehkan anda meletakkannya dalam
cara yang lain?
·
Adakah terdapat pandangan yang
lain?
·
Apa yang perlu kita tahu
sekiranya...?
·
Sekiranya ada orang yang
memberikan cadangan bahawa....apa tindakan anda seterusnya?
|
Soalan-soalan
yang Menguji Implikasi dan Akibat
|
·
Apakah yang akan menyusul selepas
pendapat anda?
·
Adakah pandangan itu selaras
dengan apa yang dinyatakan sebelum ini?
·
Apakah akibat
sekiranya............?
·
Adakah terdapat panduan umum
untuk........?
·
Bagaimanakah anda dapat menguji
......sama ada benar atau tidak?
|
Tindak
Balas Terhadap Soalan-soalan Murid
|
·
Menganalisis soalan – Apakah yang
anda maksudkan dengan.........?
·
Menyusun semula soalan – Adakah
anda cuba menyatakan bahawa.......?
·
Menyoal murid semula – Apakah
pendapat anda...........?
·
Tanya soalan sokongan –
Bolehkah....sekiranya..........?
·
Beri senarai kemungkinan –
Mungkinkah kita boleh...........?
|
Bagi pentaksiran KBAT, terdapat tiga
prinsip yang perlu diambil kira, iaitu :
Ø Guru
perlu mempersembahkan sesuatu yang dapat meransang pemikiran murid, contohnya
dalam bentuk petikan teks, visual, grafik, isu atau masalah.
Ø Guru
perlu gunakan bahan yang baharu, iaitu bahan yang belum atau tidak digunakan
oleh guru di dalam bilik darjah.
Ø Guru
perlu mempelbagaikan tahap kesukaran
agar dapat membezakan tahap mudah dengan tahap sukar
KPM menerusi Lembaga Peperiksaan
Malaysia menetapkan lima ciri item
pentaksiran KBAT, iaitu :
Ø
Mesti menggunakan ransangan yang
disebut sebagai stimulus yang terdiri daripada petikan, gambar rajah, graf,
grafik atau gambar untuk menjanakan
kemahiran membuat inferens dan menaakul secara kritis.
Ø
Mempelbagaikan tahap atau aras
pemikiran menggunakan pelbagai kata tugas untuk mentaksir pelbagai aras
pemikiran dalam domain kognitif untuk memberikan impak yang lebih besar.
Ø
Konteks yang baharu, iaitu merujuk
kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Tujuannya adalah untuk
merangsang pemikiran murid agar murid tidak sekadar menyatakan semula apa yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Ø
Berdasarkan situasi sebenar
kehidupan harian di dunia yang mencabar murid menyelesaikan masalah menggunakan
ilmu hasil pembelajaran pelbagai disiplin.
Ø
Item yang dibina adalah asli dan
autentik, iaitu berbeza setiap tahun. Soalan tidak berulang dan melangkaui
bahan dalam buku teks untuk mewujudkan situasi baharu kepada murid.
7.3
Contoh Soalan KBAT
Bahan sumber PdP : Petikan akhbar
Tajuk : Tragedi Pesawat Mas MH370
1. Beri
pendapat anda tentang tragedi pesawat MH370 (Aras penilaian)
Contoh hujah/jawapan :
Menyayat hati
Air mata dunia
Satu keajaiban yang tidak pernah
berlaku sebelum ini
Kedalaman Lautan Hindi ialah 10 kali
ganda ketinggian KLCC atau 7 km
(Murid mesti menjawab dengan ayat
yang lengkap, bahasa hendaklah jelas dan lancar serta menggunakan kosa kata
yang sesuai dan tepat. Pengolahan ayat baik dan tidak berbelit-belit)
2.
Sejauh manakah kehilangan pesawat MAS MH370 meningkatkan hubungan diplomatik
Malaysia pada peringkat global? (Aras penilaian)
3. Perincikan
kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac 2014
(Aras analisis)
4. Ciptakan
pantun empat kerat atau sajak berdasarkan tema kemanusiaan berkaitan pesawat
MAS MH370 (Aras mencipta)
5. Lukiskan
lakaran grafik peta penerbangan pesat MAS MH370 dari KLIA hingga ke Lautan
Hindi (Aras aplikasi)
6. Cerakinkan
jumlah penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 mengikut kategori dan
negara (aras analisis)
7. Bincangkan
bagaimanakah pihak pengurusan koporat MAS menangani tragedi pesawat MAS MH370
(Aras penilain)
8. Hubung
kaitkan kehilangan pesawat MAS MH370 dengan kecanggihan teknologi masa kini (Aras analisis)
9. Berikan
justifikasi anda, mengapa kehilangan pesawat MAS MH370 dianggap misteri dan
mendapat perhatian seluruh dunia? (Aras Panilaian)
Bahan Sumber PdP : Lirik Lagu “Aku
Yang Sekarang Bukan Yang Dulu” oleh Tegar.
1. Berdasarkan
melodi lagu Aku Yang Sekarang Bukan Yang Dulu, cipta lirik lagu bertemakan
Amalan Hidup Sihat (Aras mencipta)
2. Buat
banding beza kehidupan penyanyi Tegar dulu dan sekarang (Aras analisis)
3. Berikan
justifikasi anda bagaimana bakat menjamin kehidupan seseorang ke arah yang
lebih baik? (Aras analisis)
4.
Bincangkan sejauh manakah takdir mengatasi usaha seseorang? (Aras penilaian)
5. Tuliskan
kisah penyanyi Tegar dalam bentuk cerpen yang menarik (Aras mencipta)
6. Huraikan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam lirik lagu “Aku Yang Sekarang Bukan Yang
Dulu” (Aras aplikasi)
7.4
Contoh Pengajaran Seni Bahasa secara Difik Hibur
Tahun 3
SK 4.1 SP 4.1.2
Bahan Sumber p & p : Lagu
Kanak-kanak
Unsur KBAT : Aras Mencipta
Mengubah melodi Bangau oh Bangau
kepada Tanya Sama Pokok.
Menggunakan peta alir untuk menyusun
urutan cerita dalam lagu “Bangau oh Bangau”
Tahun 1
Tema : Keselamatan
Unsur KBAT : Analisis
Murid diminta menghuraikan
langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya menggunakan peta buih dan peta
pokok.
Nyanykan lirik lagu mengikut melodi “Enjut-enjut
Semut”
PENUTUP
Sistem pendidikan di Malaysia perlu
berubah ke arah menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif
serta mampu bersaing di persada dunia. Untuk mencapai tujuan tersebut, KBAT
perlu diberikan tumpuan utama dalam transformasi pendidikan negara. Penekanan
terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran di
dalam kelas, iaitu menjadikan PdP lebih
interaktif kerana strategi pembelajaran lebih berpusatkan murid.
No comments:
Post a Comment