1.
|
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
|
|
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen,
kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya.
Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan
sepanjang masa peperiksaan.
|
|
|
2.
|
Tenang dan percayakan diri sendiri
|
|
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
|
|
|
3.
|
Bersantailah tapi berhati-hati
|
|
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
|
|
|
4.
|
Preview soalan-soalan terlebih dahulu
|
|
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca
soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan
berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.
Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang
sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul
yang akan digunakan sebagai jawapan.
|
|
|
5.
|
Jawab soalan secara strategik
|
|
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian
dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir
yang harus anda jawab adalah:
-
soalan paling sukar,
-
yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
-
mempunyai markah sedikit .
|
6.
|
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
|
|
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan
jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan
mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan
pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda
yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
|
|
|
7.
|
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
|
|
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat
dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea
tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan
dulu.
|
|
|
8.
|
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
|
|
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama
sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk
membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan
penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain
jika perlu.
|
|
|
9.
|
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
|
|
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan
atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah
menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa
ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan
tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan).
Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan
ringkas.
|
|
|
10.
|
Analisa jawapan anda
|
11.
|
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk
peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda.
Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas
peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T
|
No comments:
Post a Comment