Majoriti dari kita mesti tahu apa itu kuih raya. Ya ! Kuih raya ialah kuih muih yang dihidangkan semasa hari raya. Hahaha... Walaupun pada kebanyakkan hari lain, kita boleh juga mendapat bekalan untuk memakan kuih-kuih tersebut, tetapi suasananya tetap berbeza dan semangat atau mood untuk memakan kuih tersebut juga akan berlainan.
Bagi ganerasi sekarang, mereka sudah tentu lebih mengenali kuih seperti almond london, tat gulung, biskut oat, biskut marble, mama carie dan macam-macam lagi. Kandungan kuih zaman sekarang pula biasanya berasaskan mentega, marjerin dan tepung gandum.
Agak susah nak lihat ganerasi sekarang mengenali kuih-kuih zaman dulu. Jadi, admin dengan ini memperkenalkan kuih-kuih zaman dulu. Ada antaranya yang masih kekal sampai sekarang dan ada juga yang telah mengalami evolusi.
1. Kuih baulu / bahulu.
- Kuih baulu neh ada macam-macam jenis. Tapi bahan asas dia yang utama ialah telur ayam yang dipukul sehingga berbuih. Berbuih ? haha... itulah pengalaman admin masa kecik dulu.

Inilah dia rupa kuih baulu tuh yang dah siap. Zaman moden telah mengalami perubahan dengan adanya inti coklat, strawbery, nenas dan macam-macam perisa lagi.


2. Kuih bangkit
- Bahan asas utama kuih bangkit ialah santan kelapa, tepung ubi, telur.

3. Kuih benderam / cincin / peneram
- Bahan utama kuih neh ialah tepung beras, tepung gandum dan gula merah. Tiada bahan sampingan yang dicampurkan. Kuih neh akan digoreng.
- Dikawasan pantai timur, kuih neh dikenali sebagai 'kuih telinga keling'.

4. Kuih rotan.
- Dinamakan sebagai kuih rotan sebab bentuknya macam buah rotan yang terdapat dihutan. Admin pon sebenarnya tak pernah tengok buah rotan yang sebenar.
- Bahan asas kuih ini ialah tepung pulut, telur, santan, gula dan bijan sebagai hiasan dipermukaan luar.

5. Kuih rengginang / inang.
- Kuih neh merupakan adik beradik dengan keropok. Tapi dia adik beradik berlainan mak dan bapak sebab bahan asas dia ialah beras pulut yang telah dimasak menggunakan santan.
- Selepas pulut dimasak, ia akan dibentuk bulat-bulat. Ada juga yang dibentuk secara empat segi sama atau empat segi tepat. Bentuk lain jarang dilihat.
- Pulut yang dibentuk akan dikeringkan. Untuk memasaknya perlulah digoreng sama seperti keropok.

Inilah rupa bentuk kuih rengginang. Ia merupakan snek yang sedap dimakan. Warna yang terjadi adalah hasil pulut yang telah diwarnakan. Ada yang berwarna-warni dalam satu kepingan. Saiz kuih ini akan berkembang menjadi hampir sekali ganda apabila digoreng. Jadi amat elok jika pulut yang dibentuk tersebut adalah dalam saiz yang comel-comel sahaja.
6. Penyek / rempenyek / tumpi.

6. Penyek / rempenyek / tumpi.
- Bahan asas utama ialah tepung beras, udang kering, santan, jintan manis, jintan putih dan garam (secukup rasa).

Inilah rupa bentuk rempenyek yang dah siap. Ada yang berbentuk abstrak jika tidak menggunakan acuan. Rempenyek telah dipelbagaikan dengan kacang tanah tersebut telah digantikan dengan kacang hijau, kacang dal, udang kering dan ikan bilis.
- Bahan asas kuih ini ialah kacang hijau dan gula sebagai perasa manis. Sangat ringkas tetapi agak susah untuk mendapat kuih yang tahan lama terutama jika kadar kelembapan kuih masih tinggi. Maka kuih ini perlu dijemur (zaman dulu) tapi zaman sekarang admin tak tahu sama ada ianya tetap masih dijemur atau ada kaedah lain untuk mengeringkannya.
- Kalau zaman dulu kuih neh akan dijemur sangat lama untuk memastikan kesegarannya terjamin.

Masa admin kecik dulu rasanya cuma ada 2 jenis jer iaitu jenis kacang hijau dan juga kacang tanah.

8. Pisang salai.
- Bahan asas sudah tentulah pisang yang akan disalai. Admin tak pasti pisang apa yang sesuai untuk disalai.

Admin cuba cari pisang salai neh tapi tak jumpa. Maklumlah kebanyakkan pisang telah diproses menjadi kerepek pisang.
p/s : zaman dulu banyak kat Parit Raja, Batu Pahat. 9. Kuih makmur.
- Kuih makmur pun antara kuih zaman dulu-dulu walaupun zaman sekarang masih ada lagi.
- Bahan asas kuih ini ialah tepung gandum, minyak sapi, mentega dan gula.

10. Kuih ros
- Bahan utama ialah tepung beras, santan, gula, telur. Garam dan gula pula ditambah sebagai perasa.

Ini adalah gambar kuih ros yang telah siap.
11. Kuih tiram / lidah buaya.
- Bahan utama ialah tepung gandum, margerin, gula dan garam sesedap rasa. Ada juga zaman sekarang yang letak pewarna.
- Gula halus pula dijadikan sebagai salut untuk kuih neh. Maka gula hanya diperlukan sedikit sahaja dalam adunan tepung itu. Nanti double kemanisan pula.

12. Kuih sepit / gapit.
- Bahan asas sama macam kuih ros iaitu tepung gandum, gula, santan, telur, garam.

13. Kuih karas
- Bahan asas ialah tepung beras dan air. Gula pula secukup rasa bergantung kepada minat masing-masing sama ada nak yang manis atau tidak. Sangat mudah dan ringkas.

14. Kuih batang buruk
- Cara pembuatan kuih neh zaman dulu guna tepung gandum yang dijadikan sebagai kepingan (kulit). Tapi zaman sekarang sudah senang. Hanya gunakan kulit popia. Bahan lain ialah kacang hijau atau kacang tanah dan gula.

Awas, jangan bercakap banyak semasa memakan kuih ini. Takut nanti tersembur dari mulut tuh.
15. Kuih Cakar Ayam
- Ini adalah snek yang digemari ramai walaupun diluar waktu raya. Bahan yang boleh digunakan ialah ubi kayu, keledek atau keladi. Gula digunakan sebagai gam yang melekatkan bahan utama itu.

16. Kuih Kerepek
- Kerepek adalah makanan kegemaran ramai dan sepanjang masa. Ada banyak kerepek pada masa sekarang iaitu kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek keladi, sukun, kerepek nangka kering dan keledek.
- Kerepek pada masa sekarang ada banyak perisa. Ada perisa kari, black paper, perisa mentega dan pelbagai lagi. Namun kegilaan manusia mencipta pelbagai perisa menyebabkan bahan kimia meracuni makanan tradisional kita. Admin tetap suka kerepek asli yang tidak ada perisa walaupun hanya ditambah gula atau garam.

17. Kuih siput
- Bahan untuk membuat kuih ini ialah tepung gandum, margerin, telur dan rempah ratus. Pastikan ada daun kari semasa menggoreng.
18. Kuih Semperit.
- Bahan utama ialah tepung gandum. Ada yang dicampur dengan tepung kastard dan tepung jagung. Margerin diganti dengan mentega. Telur ayam sudah semestinya diperlukan.
Kuih semperit zaman sekarang telah menjadi pelbagai perisa. Ada perisa pandan dan diatasnya ditabur dengan pelbagai serbuk yang menambahkan lagi kecantikan kuih tersebut.
19. Kuih Tat
- Kuih tat yang asal adalah berbentuk leper. Tepung yang digunakan ialah tepung gandum. Kuih ini memerlukan banyak bahan sampingan seperti mentega / margerin, telur, dan perisa. Jem yang biasa digunakan ialah jem nenas. Tapi sekarang sudah ada jem strawberi, anggur dan pelbagai jem lagi.
- Tat juga telah mengalami perubahan. Sekarang tat yang popular ialah tat gulung. Warnanya juga telah berubah kepada hijau, purple dan juga pink.
Ketahanan kuih tat terletak pada jemnya. Maka pemilihan dan pembuatan jem sangat dititik beratkan. Jem yang tidak elok akan menjadikan kuih tat cepat ditumbuhi kulapuk.
20. Kuih sugi
- Bahan asas kuih ini sangat ringkas iaitu tepung gandum, gula aising dan minyak sapi. Sangat mudah.

21. Dodol
- Bahan membuat dodol ialah tepung pulut, tepung beras, santan dan gula melaka.
Dodol merupakan makanan tradisi yang memerlukan tempoh pemprosesan yang sangat lama terutama aktiviti menjadikan santan kelapa menjadi pekat. Keperluan santan kelapa sangat tinggi yang dimasak dan digaul di dalam kuali besar.
Dodol pada masa sekarang juga telah dipelbagaikan dengan perisa durian, perisa pandan dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.
Demikianlah 21 jenis kuih yang admin rasa tergolong di dalam kuih muih tradisi. Secara kasar, kuih zaman dulu neh agak ringkas bahan yang diperlukan tetapi memerlukan ketelitian yang tinggi terutama dari aspek pemprosesannya. Ada kuih yang memerlukan jangka masa lama untuk menyediakan bahannya dengan dijemur terlebih dulu dan sebagainya.
Secara umum, tepung yang digunakan juga adalah tepung beras. Maklum sahajalah zaman dulu belum banyak tepung gandum dipasaran. Kreativiti timbul dengan menggunakan beras yang menjadi makanan rugi penduduk Malaysia. Zaman dulu juga tidak menggunakan mentega secara meluas di dalam masakan. Mereka kreatif menggunakan sumber dari persekitaran seperti telur ayam dan buah kelapa.
Dodol pada masa sekarang juga telah dipelbagaikan dengan perisa durian, perisa pandan dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.
Demikianlah 21 jenis kuih yang admin rasa tergolong di dalam kuih muih tradisi. Secara kasar, kuih zaman dulu neh agak ringkas bahan yang diperlukan tetapi memerlukan ketelitian yang tinggi terutama dari aspek pemprosesannya. Ada kuih yang memerlukan jangka masa lama untuk menyediakan bahannya dengan dijemur terlebih dulu dan sebagainya.
Secara umum, tepung yang digunakan juga adalah tepung beras. Maklum sahajalah zaman dulu belum banyak tepung gandum dipasaran. Kreativiti timbul dengan menggunakan beras yang menjadi makanan rugi penduduk Malaysia. Zaman dulu juga tidak menggunakan mentega secara meluas di dalam masakan. Mereka kreatif menggunakan sumber dari persekitaran seperti telur ayam dan buah kelapa.
No comments:
Post a Comment