Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد
الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari
Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan
lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua
cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).
Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10
dalam Takwim HijrahIslam.
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Zakat fitrah dan takbir زکاة فطره دان تکبير
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan
berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang
dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi
mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula
membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan
berhenti dikutip apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat
Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya
dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada
mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan
disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat
Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk
penyembelihan korban. [1]
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbirbagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
Simbol سيمبول
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya
di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang
dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan
selalunya dihidangkan bersama denganrendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol,
dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang
berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan,
tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Persiapan ڤرسياڤن
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri
disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma,
suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah
akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran.
Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan
di televisyen. Rancangan-rancangan yang
berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan
ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di
seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang
pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara
dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagaiBalik Kampung.
Amalan lazim عملن لازيم
Antara amalan yang dilakukan pada Hari
Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan
suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya
sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat
Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau
bacaansurah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung
ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk
bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di
kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan
beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak
juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada
amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna
merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan
oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang
bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian
Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur
sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu
Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan
doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan
mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi
menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam
terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa
dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[2]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w.
mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil
mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur
Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga riwayat dari Umar (رضى
الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu
penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu
penerang di dalam kuburnya. " [4]
Rumah-rumah terbuka akan diadakan
pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulanSyawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang
dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.
Biasanya di Malaysia, minggu pertama hari raya lebuhraya akan dipenuhi dengan
kenderaan dan menyebabkan jalan sesak.[5]
Pakaian ڤاکاين
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan
songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula
ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen
diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005,
pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin SeriEndon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri
Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aidilfitri dalam kalendar Masihi عيدالفطري دالم کاليندر مسيحي
Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah
sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa
berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut
peredaran bulan manakala
kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumimengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah
berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga
15 hari.
Hari Raya pada tahun-tahun yang akan
datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut
adalah tertakluk kepada perubahan.
·
2009: 21 September
·
2010: 10 September
Hari Raya bermula pada malam sebelum
tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.
No comments:
Post a Comment